EUR/USD meneruskan perjalanan Bullish - 02-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, pada minggu lepas harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD menutup Candle hariannya dalam keadaan Bullish. Tidak dapat disangkal lagi, kenaikan yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu masih lagi memberikan momentum kepada pasangan matawang ini. Harga semasa pada hari ini di buka dalam keadaan Gap diatas paras 1.10389. Harga sekarang ini terus membuat Candle Bullish yang kukuh dan terus membuat kenaikan. Harga semasa didagangkan sekarang ini disekitar paras 1.10589. Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat kenaikan dan mensasarkan paras rintangan kukuh harian yang terletak sekitar paras 1.11002 sebagai zon rintangan utama. Paras ini di wakili oleh MA200 sekarang ini. Membuat pelanggaran terhadap paras ini akan menyebabkan harga semasa terus membuat pendakian dan mencari rintangan utama bulanan yang berada disekitar paras 1.12123.
Signal untuk hari ini
Buy EUR/USD 1.10577
Sl: 1.10293
Tp: 1.11002