EUR/USD tersepit dibawah rintangan kukuh 1.09794 - 04-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD pada hari ini menunjukkan penurunan yang agak ketara selepas harga semasa pada sesi asia gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian di paras 1.09794. Trend semasa secara jangka masa panjang menunjukkan bahawa kekuatan Bearish masih lagi menguasai pasaran pada minggu ini. Oleh itu, pada minggu ini kami akan cuba mensasarkan pergerakan pasangan matawang ini akan cuba mencari sokongan terdekat terlebih dahulu yang berada di paras 1.07810. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan menyebabkan lanjutan penurunan sehingga ke arah sokongan 1.06581.
Signal untuk hari ini
Sell EUR/USD @1.09297
Sl: 1.09794
Tp: 1.07810