EURAUD dalam cubaan tembusi EMA200 - 28-01-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURAUD pada hari ini di lihat sedang melakukan kenaikan ke arah atas. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 1.58623 iaitu di bawah paras rintangan EMA200 iaitu di paras 1.58821. Untuk mengesahkan kenaikan pada hari ini, kami akan menunggu sehingga harga semasa berjaya menembusi paras rintangan EMA200 ini terlebih dahulu. Jika harga semasa berjaya tembusi rintangan ini, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan ke arah atas. Kami akan mensasarkan keuntungan kami ke arah harga tertinggi 4 Januari iaitu di paras 1.59948.
SIGNAL
BUY STOP 1.58821
TP: 1.59948
SL: 1.57741