EURCAD di tekan EMA200, mencari zon sokongan kukuh harian - 23-02-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURCAD pada hari ini di lihat gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh yang berada di paras 1.53397 yang di wakili oleh indikator EMA200. Harga semasa terus membuat penurunan namun sekarang ini di sekat pula oleh EMA50 yang membentuk sokongan kecil harian. Berdasarkan trend semasa yang masih lagi dalam keadaan Bearish, kami yakin bahawa penurunan boleh terjadi pada hari ini, namun harga semasa perlu menembusi salah satu sokongan terdekat terlebih dahulu iaitu di paras 1.53117. Menembusi paras sokongan ini akan memberi tenaga kepada harga semasa untuk terus membuat penurunan ke arah sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.52685.
SIGNAL
SELL STOP 1.53117
TP: 1.52685
SL: 1.53397