EURCAD ditekan oleh EMA - 28-10-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURCAD pada hari ini di lihat sedang melakukan penurunan ke arah bawah dengan dagangan semasanya berada pada paras 1.55338. Sebelum ini, harga semasa di lihat telah berjaya menembusi paras sokongan kukuh harian yang di wakili oleh indikator EMA. Dengan keadaan semasa sekarang ini dan menjelang pengumuman kadar BOC pada malam ini, kami menjangkakan penurunan akan terus berlaku pada hari ini. Oleh itu, kami telah meletakkan penanda aras yang sesuai bagi mengesahkan analisa pada hari ini. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan 1.55138, maka harga semasa akan terus membuat junaman ke arah bawah dengan sasaran utama pada hari ini berada pada paras sokongan 1.54017.
SIGNAL
SELL STOP 1.55138
SL: 1.56130
TP: 1.54017