EURCAD kembali mencari rintangan kukuh - 10-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURCAD pada hari ini di lihat kembali membuat kenaikan setelah gagal untuk menembusi paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.53115. Paras sokongan tersebut adalah rintangan lama pada 20 Mei 2020 yang lalu. Oleh itu, ia menyebabkan kenaikan pada pasangan matawang ini hari ini dan sekarang ia dilihat di dagangkan disekitar pras 1.53869 dan dijangka akan terus membuat kenaikan. Jika harga semasa berjaya menembusi paras rintangan 1.54034 ini, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan dan mencari rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.54575.
SIGNAL
BUY STOP 1.54034
TP: 1.54575
SL: 1.53686