EURCAD membuat "pull-back" di rintangan kukuh harian - 02-11-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, pasangan matawang EURCAD di lihat gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.55576. Ini mengakibatkan penurunan semula terus berlaku sehingga sekarang. Harga semasa sekarang ini di dagangkan di paras 1.55172 dan dijangka akan terus melakukan penurunan. Berdasarkan trend semasa yang ditunjukkan, kami yakin akan berlaku penerusan trend Bearish pada hari ini. Namun begitu, kami telah meletakkan penanda aras untuk mengesahkan penurunan pada hari ini. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan kukuh harian di paras 1.55047 maka harga semasa akan terus menjunam dan mencari paras sokongan di paras 1.54369.
SIGNAL
SELL STOP 1.55047
SL: 1.55576
TP: 1.54369