EURCHF masih dilihat kekal Bearish, dijangka buat kenaikan sementara
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURCHF pada hari ini di lihat masih lagi mengekalkan trend Bearish yang telah di tunjukkan sebelum ini. Jika anda lihat Candle semasa sekarang ini, kenaikan sedang berlaku dan di jangka harga semasa akan terus membuat kenaikan terlebih dahulu. Kami menjangkakan bahawa kenaikan sementara akan berlaku sehingga ke paras rintangan kukuh harian iaitu disekitar paras 1.10738-1.10777. Jika harga semasa gagal untuk menembusi paras rintangan ini, maka harga semasa akan kembali membuat penurunan ke arah bawah. Sasaran keuntungan kami adalah sehingga ke paras sokongan terendah 22 Mac iaitu di paras 1.10039.
SIGNAL
SELL LIMIT 1.10738
TP: 1.10039
SL: 1.10866