EURGBP masih menunjukkan tanda kenaikan - 29-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURGBP pada hari ini di lihat sedang membuat kenaikan semenjak awal minggu lepas lagi. Jika anda lihat kepada trend, semenjak pembukaan bulan Jun, harga semasa masih terus membuat kenaikan. Sekarang ini pasangan matawang ini didagangkan disekitar paras 0.90908 dan dijangka meneruskan kenaikan harian. Pengakhiran minggu lepas amat memberangsangkan dengan harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap salah satu rintangan kukuh harian yang berada di paras 0.90563. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa harga semasa pada hari ini akan mencuba untuk mendekati dan menguji paras rintangan kukuh mingguan yang terletak di paras 0.91429. Jika harga semasa menembusi paras rintangan ini, maka dapatlah kita jangkakan bahawa harga semasa akan meneruskan kenaikan pada bulan depan.
Signal untuk hari ini
Buy EURGBP 0.90907
Sl: 0.90563
Tp: 0.91429