EURJPY bergerak mendatar namun masih berada dalam trend Bearish - 04-02-2021
Harga semasa pada pasangan matawang EURJPY pada hari ini di lihat kembali turun ke paras 126.341 selepas gagal untuk menembusi garis EMA yang berada di sekitar paras 126.464. Dengan pergerakan sekarang yang di lihat masih lagi dalam keadaan Sideway / mendatar, kami menjangkakan pergerakan ini akan berlanjutan sehingga ke pembukaan sesi Eropah nanti. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini buat masa sekarang ini. Namun, trend jangka masa panjang masih menunjukkan penurunan boleh berlaku. Jadi, jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan 126.185, maka kami akan mengesahkan penurunan pada hari ini dengan sasaran awalnya berada pada paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 125.622.
SIGNAL
SELL STOP 126.185
TP: 125.622
SL: 126.464