EURJPY : Bergerak tenang di dalam zon penurunan harga
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini dilihat agak sedikit tenang dan bergerak didalam perangkap kecil yang berlaku diantara harga.Dari atas harga semasa diperangkap oleh rintangan kukuh 118.317 manakala dari bawah harga semasa diperangkap oleh sokongan kukuh 117.843.Jadi untuk sementara waktu ini saya akan memerhatikan dahulu pasangan matawang ini dan melihat pelanggaran yang bakal berlaku.Jika harga semasa melanggar rintangan kukuh yang disebutkan tadi,harga semasa akan membuat kenaikan tetapi masih lagi akan berada dibawah tekanan bearish apabila ada rintangan kukuh di 118.695 yang menjadi kawasan terkumpulnya EMA.Melanggar zon EMA tersebut barulah kenaikan seterusnya akan berlaku.Dan jika harga semasa berjaya melanggar sokongan kukuh dibawah paras 117.843 maka harga semasa akan terus meneruskan penurunan ke arah sokongan utama mingguan iaitu diparas 116.045.Secara keseluruhannya,trend masih lagi bearish buat masa ini.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan sell stop diparas 117.843 dan mensasarkan keuntungan diparas 116.045 dan kerugian berada diparas 118.695
PASANGAN : EURJPY
ENTRY : SELL STOP @ 117.843
SL : 118.317
TP : 116.045