EURJPY bertahan di atas garis trend mingguan - 18-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURJPY di lihat sedang melakukan penurunan selepas berjaya menembusi kesemua indikator EMA yang membentuk sokongan sebelum ini. Namun begitu, sekarang ini harga semasa di lihat bertahan di atas garis trend mingguan yang telah ditandakan. Harga semasa di lihat cuba untuk melakukan penembusan pada paras garis trend ini namun masih lagi gagal. Oleh itu, kita akan meletakkan penanda aras di paras 123.378 sebagai kawasan sokongan kukuh sekarang ini. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan ini, maka harga semasa akan terus membuat penurunan dan akan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 123.024.
SIGNAL
SELL STOP 123.378
TP: 123.024
SL: 123.673