EURJPY buat corak "Head and Shoulder" - 16-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURJPY pada hari ini di lihat terus melakukan penurunan kembali walaupun trend jangka masa panjang di lihat berpihak kepada Bullish. Jika kita lihat pada Jangka masa Harian, harga semasa telah melengkapkan corak "Head and shoulder" dan telah pun menembusi garis leher yang menandakan penurunan boleh berlaku untuk minggu ini. Walaupun demikian, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini untuk tumpuan lanjutan. Jika harga semasa berjaya menembusi EMA50 yang mewakili paras sokongan kukuh 124.336, maka harga semasa dijangka boleh meneruskan penurunan dengan sasaran awal kami adalah untuk harga semasa mencari sokongan kukuh mingguan di paras 122.866. Paras sokongan ini sekarang di wakili oleh EMA100.
Signal untuk hari ini
Sell stop 124.336
Sl: 125.342
Tp: 122.866