EURJPY cuba menembusi EMA200 - 18-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURJPY pada hari ini di lihat masih lagi cuba mengekalkan trend Bearish yang ditunjukkan sebelum ini. Namun, sekarang ini harga semasa masih tersekat di paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 125.526. Tekanan yang diberikan oleh indikator EMA200 sebagai sokongan ini sangat kuat sekarang ini. Oleh itu, kami mencadangkan jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan kukuh ini maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah bawah dengan sasaran awalnya berada di paras 124.933.
Signal untuk hari ini
Sell stop 125.526
Sl: 125.911
Tp: 124.933