EURJPY dalam usaha menembusi EMA200 - 29-09-2020
Berdasarkan penelitian pada hari ini, kami mendapati bahawa harga semasa pada pasangan matawang EURJPY masih lagi terus membuat kenaikan semenjak semalam. Trend keseluruhan semasa bagi pasangan matawang ini masih dianggap mendatar di jangka masa satu jam. Namun begitu, kenaikan berturut-turut sebelum ini meyakinkan kita bahawa perubahan trend mungkin berlaku untuk hari ini. Namun, untuk mengesahkan kenaikan pada hari ini, harga semasa perlu menembusi paras rintangan kukuh di paras 123.312 terlebih dahulu. Paras rintangan ini di wakili oleh EMA200. Menembusi paras rintangan ini akan menyebabkan kenaikan berlaku dan sasaran utama kita adalah sehingga ke paras 123.949.
Signal untuk hari ini
Buy stop 123.312
Sl: 122.964
Tp: 123.949