EURJPY : Gagal melanggar sokongan menyebabkan kenaikan kepada harga - 12-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURJPYH4.png

Berdasarkan analisa pada hari ini, dijangkakan bahawa harga semasa akan gagal untuk melanggar paras sokongan kukuh harian yang diwakili oleh paras 120.116. Akibat kegagalan ini, kenaikan telah pun berlaku sejak malam semalam dengan kenaikan sehingga ke pagi ini berjumlah 33 pip. Jika dilihat pada waktu ini, harga semasa terkini sedang menguji paras rintangan kukuh yang berada di paras 120.463 yang diwakili oleh EMA100 pada masa ini. Saya akan meletakkan jangkaan awal iaitu berlakunya pelanggaran terhadap rintangan 120.463 ini akan memberitahu kita bahawa harga semasa akan meneruskan kenaikannya. Di samping itu, sasaran awal kita adalah pada rintangan kukuh iaitu di paras 120.818 yang mewakili paras trendline yang telah ditandakan seperti mana yang telah ditunjukkan di dalam carta. Kegagalan melanggar paras trendline ini akan memberikan petunjuk awal kepada penurunan harga semasa dan jangkaan kita adalah harga semasa akan membuat penurunan dan menguji kembali paras sokongan kukuh harian di paras 120.116.

Signal hari ini

Buy stop 120.463

SL: 120.116

TP : 120.818

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.