EURNZD bergerak tenang dalam zon mendatar - 15-12-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURNZD pada hari ini di lihat bergerak dalam keadaan yang agak tenang di dalam zon sokongan dan rintangan yang ketat. Harga semasa di lihat berada di dalam zon yang agak tidak menguntungkan buat masa sekarang. Harga semasa sekarang ini di dagangkan disekitar paras 1.71616 dan di jangka bermain-main di sekitar zon ini buat masa sekarang. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Namun buat masa sekarang, kami boleh mencadangkan kenaikan ke arah atas dengan mensasarkan EMA 200 sebagai kawasan sasaran pada hari ini iaitu di paras 1.72563.