EURNZD: Perubahan trend sedang berlaku ke arah EMA200 - 03-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada hari ini telah berjaya melakukan pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh sebelum ini iaitu di paras 1.67155 yang di wakili oleh EMA50 sekarang ini. Saya melihat bahawa akan berlaku perubahan trend semasa selepas ini dari Bearish kepada Bullish yang jelas dalam beberapa minggu lagi. Oleh itu, untuk pandangan hari ini, saya melihat bahawa harga semasa akan cuba membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh seterusnya yang juga di wakili oleh indikator EMA iaitu yang berada di paras 1.67939 yang sekarang ini di wakili oleh EMA100. Namun untuk mencari posisi pada hari ini, saya akan memberi saranan supaya anda menunggu harga semasa melanggar paras EMA100 terlebih dahulu. Melanggar paras rintangan EMA100 ini akan membawa harga semasa terus membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh terakhir yang di wakili oleh EMA200 iaitu yang berada di paras 1.69258.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.67939
Sl: 1.67155
Tp: 1.69258