EURUSD dalam cubaan memasuki zon rintangan bulanan - 17-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat masih lagi mendahului pasaran dalam keadaan Bullish yang sangat jelas. Pada minggu lepas, harga semasa ditutup pada paras 1.18716 dengan kekuatan Bullish masih dikekalkan pada minggu lepas. Pada pembukaan minggu ini, harga semasa di buka pada paras 1.18167 lebih rendah dari penutupan sebelum ini namun masih cuba membuat kenaikan. Kami menjangkakan pada minggu ini, harga semasa akan cuba untuk membuat kenaikan ke arah atas dan cuba mendekati paras rintangan kukuh mingguan yang berada di paras 1.19128. Menembusi paras rintangan ini, akan menyebabkan kenaikan berlaku dan sasaran utama kami pada minggu ini adalah sehingga ke paras 1.20868.
Signal untuk minggu ini
Buy stop 1.19128
Sl: 1.16930
Tp: 1.20868