EURUSD dalam cubaan menembusi rintangan mingguan - 15-12-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat sedang dan terus melakukan kenaikan ke arah atas, mengekalkan momentum yang telah di tunjukkan semenjak awal minggu ini lagi. Berdasarkan trend semasa yang masih lagi menunjukkan kekuatan Bullish ke atas pasaran, kami melihat kenaikan lanjutan akan terus berlaku pada hari ini. Namun begitu, kita masih lagi menunggu harga semasa untuk cuba menembusi paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.21898. Jika harga semasa berjaya menembusi paras rintangan 1.21898 ini, maka kenaikan lanjutan akan terus di lakukan pada hari ini. Sasaran keuntungan kami adalah sehingga ke paras rintangan tertinggi bulanan iaitu di paras 1.25274.
SIGNAL
BUY STOP 1.21898
TP: 1.25274
SL: 1.19048