EURUSD di jangka menembusi paras rintangan kukuh untuk lanjutkan kenaikan - 09-02-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini terus melakukan kenaikan pada pembukaan Sesi Asia pada pagi tadi. Meningkat dan mendekati sekarang ini ke arah rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.20863. Trend semasa yang masih lagi Bullish dan EMA yang sekarang ini membentuk sokongan kukuh menyokong kenaikan yang mungkin akan berlaku pada hari ini. Oleh itu, jika harga semasa berjaya menembusi paras rintangan ini hari ini, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan ke arah atas dengan sasaran awal kami berada di paras 1.21504. Paras sasaran ini adalah harga tertinggi pada 29 Januari 2021.
SIGNAL
BUY STOP 1.20863
TP: 1.21504
SL: 1.20521