EURUSD dijangka cuba tembusi rintangan harian - 15-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat sedang melakukan kenaikan ke arah atas semenjak pembukaan sesi Asia pada pagi tadi. Pergerakan ini signifikan dengan trend Bullish yang telah ditunjukkan semenjak 9 September yang lalu. Anda juga boleh lihat indikator MA yang sekarang ini berada di bawah harga semasa dan menolak harga ke arah atas. Ini menandakan bahawa kenaikan sekarang ini disokong oleh sentimen semasa pasaran. Oleh itu, jika harga semasa menembusi paras rintangan 1.19075 pada hari ini, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan ke arah atas dengan sasaran awalnya akan berada pada paras rintangan kukuh harian di paras 1.19620.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.19075
Sl: 1.18741
Tp: 1.19620