EURUSD dijangka melakukan perubahan trend - 28-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada pembukaan minggu ini di lihat bergerak agak perlahan dan tenang. Harga semasa beberapa minggu lepas telah memberi petunjuk bahawa perubahan trend boleh berlaku dalam masa terdekat. Harga semasa sebelum ini telah berjaya menembusi paras sokongan kukuh yang di wakili oleh EMA50 iaitu di paras 1.17108. Untuk hari ini, kami menjangkakan harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah bawah dan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh 1.15451 yang sekarang ini di wakili oleh EMA100. Menembusi paras sokongan ini akan memberi ruang kepada harga semasa untuk terus membuat penurunan ke arah sokongan kukuh harian di paras 1.13697 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200.
Signal mingguan
Sell stop 1.15451
Sl: 1.17108
Tp: 1.13697