EURUSD dijangka terus melakukan penurunan harga mingguan - 19-10-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD di lihat masih lagi mengekalkan trend penurunan harganya. Sebelum ini harga semasa gagal untuk menembusi pusat pengumpulan EMA yang membentuk rintangan kukuh dan menyebabkan penurunan kembali berlaku. Berdasarkan faktor ini, kami yakin yang momentum Bearish masih lagi menguasai pasaran. Untuk mengesahkan penurunan pada hari ini, kami akan meletakkan satu penanda aras iaitu paras sokongan harian yang berada di paras 1.16948. Menembusi paras sokongan ini akan menyebabkan lebih banyak penurunan berlaku dan sasaran utama kami adalah sehingga ke paras 1.16150.
SIGNAL UNTUK HARI INI
SELL STOP 1.16948
SL: 1.17551
TP: 1.16150