EURUSD: Masih di bawah tekanan Bearish - 13-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD pada hari ini di buka dalam keadaan Bullish yang jelas di jangka masa harian. Namun jika di lihat trend semasa di jangka masa empat jam pula, anda dapat lihat bahawa trend masih lagi di bawah tekanan Bearish buat masa sekarang ini. Harga semasa ketika ini didagangkan di paras 1.11285 dan berada di bawah tekanan indikator MA iaitu MA100 dan MA50. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga semasa pada hari ini, akan cuba untuk membuat kenaikan sementara dan menguji paras rintangan kukuh yang di wakili oleh 2 MA ini iaitu di paras 1.11374. Kegagalan melanggar zon rintangan ini akan menyebabkan harga semasa membuat penurunan dan akan cuba mensasarkan paras sokongan lepas iaitu di paras 1.10941. Sasaran utama penurunan kita pada hari ini adalah pada sekitar paras harga terendah pada 20 Disember yang lalu iaitu di paras 1.10667.
Signal untuk hari ini
Sell limit 1.11374
Sl: 1.11536
Tp: 1.10667