EURUSD masih kekalkan momentum Bullish - 31-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat bergerak tenang dengan pembukaan Candle pada pagi tadi menunjukkan kenaikan sebelum penurunan kembali di buat pada sebelah petang. Trend semasa masih lagi mengekalkan momentum Bullish apabila harga semasa masih lagi berada di atas paras EMA yang membentuk sokongan kukuh dan menolak harga ke arah atas. Kami menjangkakan harga semasa pada hari ini akan cuba membuat pembetulan semula ke arah sokongan kukuh di paras 1.18752 sebelum membuat kenaikan kembali ke arah atas. Jika harga semasa gagal menembusi paras sokongan ini, maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan ke arah atas dengan sasaran awalnya akan berada di paras 1.19502.
Signal untuk hari ini
Buy limit 1.18752
Sl: 1.18475
Tp: 1.19502