EURUSD masih mengekalkan momentum Bull tahun ini - 04-01-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat sedang dan masih lagi melakukan kenaikan ke arah atas. Kenaikan ataupun momentum Bull ini telah di tunjukkan semenjak bulan Mac 2020 lagi. Oleh itu, kami yakin bahawa kenaikan pada hari ini masih lagi releven dengan keadaan semasa yang masih lagi Bull buat masa sekarang ini. Kami melihat kepada harga paling tinggi sebelum ini sebagai sasaran. Oleh itu, harga tertinggi pada 25 Mac 2018 adalah petunjuknya dan kami akan mensasarkan keuntungan di kawasan tersebut untuk minggu ini.
SIGNAL
BUY EURUSD 1.22458
TP: 1.24662
SL: 1.22104