EURUSD masih tertekan dalam trend kenaikan - 08-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat masih lagi mendapat tekanan daripada trend Bullish yang telah ditunjukkan semenjak awal bulan Mac yang lalu. Jika anda lihat pada carta di atas, harga semasa di lihat cuba untuk membuat gelombang penurunan terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan kembali ke arah atas. Harga semasa sekarang ini berada di bawah garis trend harian yang telah ditandakan. Oleh itu, kami menjangkakan penurunan boleh berlaku untuk hari ini. Sasaran awal kami akan berada di paras sokongan kukuh di paras 1.16780. Paras ini sekarang di wakili oleh Indikator EMA50 yang menyokong kenaikan pasaran.
Signal untuk hari ini
Sell EURUSD 1.18192
Sl: 1.19450
Tp: 1.16780