EURUSD mencari EMA50 - analisis - 14-01-2019
Pasangan EURUSD membuka candle harian dalam keadaan bullish dan berjaya menyentuh paras EMA100 diparas 1.14759 dan sekarang melakukan retracement,Jangkaan saya pada minggu ini kemungkinan harga akan turun dan mencari paras sokongan terdekat iaitu diparas EMA50 diparas 1.13805.Penurunan ini ketara selepas harga semasa berjaya melanggar trendline yang telah ditandakan minggu lepas.Jika harga berjaya mencari EMA50 maka selanjutnya harga akan terus mencari paras sokongan utama di paras 1.13170 iaitu support yang telah diuji sebanyak 7 kali.Perhatikan pergerak pada jangka masa empat jam dan satu jam untuk pergerakan yang lebih ketara.Mengingatkan anda bahawa jika harga berjaya untuk melanggar EMA100 maka harga akan terus mendaki dan mencari paras rintangan utama di paras 1.15697
julat dagangan : sokongan 1.13170,rintangan 1.15697
trend : bearish