EURUSD mencari harga terendah minggu lepas

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDH1.png

Pasangan matawang EURUSD untuk analisa pembukaan minggu ini menunjukkan kegagalan untuk melakukan kenaikan dan melanggar paras rintangan kukuh diparas 1.11370 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50.Oleh itu kita dapat melihat bahawa pada minggu ini akan ada penurunan agresif yang bakal berlaku terhadap pasangan matawang ini dengan adanya berita-berita ekonomi seperti NFP akan muncul pada penghujung minggu ini.Trend masih lagi buat masa sekarang ini dikuasai oleh BEARISH.Indikator MA pula menunjukkan sokongan terhadap trend dengan berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Manakala kita dapat melihat dengan jelas yang Indikator stochcastik pula menunjukkan keinginan untuk melengkapkan terjunan dan memasuki zon oversold dibawah paras 20-0.Jadi kita boleh membuat rumusan bahawa untuk pergerakan hari ini kita bakal menyaksikan penurunan bakal berlaku untuk pasangan matawang ini.

Untuk signal hari ini,saya melihat kegagalan melanggar harga tertinggi sebelum ini memberi petunjuk bahawa penurunan boleh berlaku dan saya akan meletakkan position SELL hari ini dengan mengambil kira semua analisa yang telah kita buat seperti penerangan diatas.Saya akan meletakkan kawasan keuntungan saya diparas 1.11200.Manakala saya akan meletakkan kerugian saya berada pada paras 1.11479.

PASANGAN  : EURUSD

ENTRY : SELL

SL : 1.11479

TP : 1.11200

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.