EURUSD menembusi garis trend mingguan - 21-12-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini di lihat terus mengekalkan trend kenaikan pada pembukaan sesi Asia pada pagi tadi. Namun begitu, pada ketika artikel ini di tulis, kami dapat melihat bahawa harga semasa telah berjaya menembusi garis trend mingguan yang telah di tandakan seperti di dalam carta di atas. Ini memberikan gambaran awal bahawa harga semasa berpotensi untuk membuat penurunan sementara untuk hari ini. Oleh yang demikian, kami akan terus memantau pasangan matawang ini buat masa sekarang, jika ia berjaya menembusi paras sokongan kukuh di EMA50 maka harga semasa akan terus membuat penurunan. Jangkaan sasaran keuntungan kami adalah sehingga ke paras sokongan 1.20718.
SIGNAL
SELL STOP 1.21743
TP: 1.20718
SL: 1.22104