EURUSD: Tekanan bearish dijangka penuhi pasaran minggu ini - 23-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, harga semasa pada jangka masa harian di buka dalam keadaan Bullish yang kecil. Dari sudut trend, kita masih melihat bahawa trend semasa masih lagi di kuasai oleh sentimen Bearish yang di buat semenjak awal minggu lepas. Sekarang ini harga semasa masih lagi tidak memberi apa-apa petunjuk sama ada ingin membuat kenaikan atau penurunan. Oleh itu saya akan mengambil langkah menunggu dan melihat terlebih dahulu pergerakan pasangan matawang ini sebelum membuat sebarang tindakan. Melanggar paras sokongan kukuh di paras 1.10647 akan memberi tanda bahawa harga semasa akan membuat penurunan dan jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa meneruskan penurunan pada minggu ini sehingga ke paras sokongan kukuh terdekat iaitu di paras 1.09788. Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan, sasaran awal kita adalah pada paras rintangan terdekat iaitu di paras 1.11492.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.10647
Sl: 1.11492
Tp: 1.09788