EURUSD telah melepasi EMA200 mingguan - 20-07-2020
EURUSD telah melepasi EMA 200 mingguan. Adakah kenaikan akan diteruskan ??
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD di lihat telah melakukan pembukaan Candle mingguan pada paras rintangan kukuh yang diwakili oleh EMA200. Pada minggu lepas harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini dan berjaya menutup diatasnya. Oleh itu, kami menjangkakan kenaikan akan terus berlaku untuk minggu ini dengan sasaran awal kami berada di paras rintangan kukuh 1.17414. Kenaikan pada hari ini disokong oleh EMA200 dan EMA100 yang masih berada di bawah dan menolak harga ke arah atas.
Signal untuk hari ini
Buy EURUSD 1.14647
Sl: 1.13276
Tp: 1.17414