EURUSD tembusi garis trend mingguan, Menuju ke harga terendah 4 Februari - 01-03-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada pembukaan pasaran minggu ini menunjukkan kecenderungan membuat penurunan selepas harga semasa telah di lihat menembusi garis trend mingguan pada jangka masa Empat Jam. Ini memberikan tanda-tanda untuk harga semasa untuk terus membuat kejatuhan harian. Namun begitu, kami mencadangkan anda untuk terus menunggu sehingga ke sokongan 1.20310 sebelum memasuki pasaran. Menembusi paras sokongan ini akan memberikan tenaga kepada harga semasa untuk terus turun sehingga ke arah sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.19559.
SIGNAL
SELL STOP 1.20310
TP: 1.19559
SL: 1.20985