GAP baru lagi pada minggu ini untuk GBP/USD - 03-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/USD pada hari ini di lihat membuat lagi GAP ke arah bawah pada pembukaan sesi asia pada pagi tadi. Ketika artikel ini di tulis, saya dapat lihat bahawa harga semasa sekarang ini berdagang di sekitar paras harga 1.31644 iaitu di bawah paras gap yang berlaku pada pagi tadi. Belum ada tanda-tanda yang harga semasa akan cuba untuk membuat penutupan candle pada hari ini. Oleh itu, kita melihat tanda ini sebagai faktor kepada bertambahnya Seller di dalam pasaran dan akan cuba mensasarkan penurunan pada minggu ini. Jangkaan awal kita adalah harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan ke arah bawah dan cuba mendekatkan diri dengan paras sokongan 1.30558. Melanggar paras ini akan membawa harga semasa terus ke arah sokongan kukuh di paras 1.29800.
Signal untuk hari ini
Sell 1.31652
Sl: 1.32050
Tp: 1.30558