GBP/AUD terus membuat penurunan dalam cubaan melanggar EMA - 12-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPAUD pada hari ini sedang dan masih meneruskan penurunan yang ditunjukkan semenjak awal pagi dagangan sesi Asia tadi. Harga semasa sebelum ini cuba membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.84221 namun gagal meneruskan kenaikan dan akibatnya membuat pembalikan trend dengan membuat penurunan harga ke arah bawah. Sekarang ini harga semasa membuat dagangan disekitar 1.83480 dan mendekati paras pusat pengumpulan EMA. Kami mencadangkan untuk menunggu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dagangan. Pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh 1.82938 akan menyebabkan penurunan akan diteruskan dengan menyasarkan sokongan utama harian di paras 1.81113.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.82938
Sl: 1.874221
Tp: 1.81113