GBP/CAD dalam tekanan - 18-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada hari masih berada di dalam tekanan Bearish yang jelas. Trend semasa masih menunjukkan penurunan buat masa sekarang ini disokong pula oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia pada hari ini yang mengukuhkan matawang CAD. Walaupun begitu, kami tidak akan memasuki apa-apa dagangan awal lagi kerana masih terdapat keraguan sama ada harga semasa akan meneruskan penurunan atau tidak. Oleh itu, kami telah meletakkan penanda aras yang releven untuk mengesahkan penurunan pada hari ini. Jika harga semasa membuat pelanggaran dan menembusi paras sokongan kukuh di paras 1.69780, maka harga semasa akan terus meneruskan penurunan. Sasaran awal kita akan berada di paras sokongan harga terendah 08 Jun iaitu di paras 1.69255.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.69780
Sl: 1.70519
Tp: 1.69255