GBP/CAD Mencari zon sokongan kukuh harian - 06-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CAD pada hari ini di lihat masih menunjukkan penurunan ketara. Kelemahan matawang GBP juga mendorong kepada penurunan drastik ini. Trend semasa sekarang ini telah pun berubah menjadi Trend Bearish yang jelas. Selain itu, Candle sebelum ini berjaya merentasi satu sokongan kukuh yang di cipta oleh MA50 disekitar paras 1.72577. Akibat dari pelanggaran ini, kita menjangkakan penurunan boleh berlaku pada hari ini. Sasaran awal kita adalah untuk harga semasa membuat terjunan sehingga ke arah sokongan kukuh harian. Sokongan tersebut sekarang ini berada di paras 1.71664. Jika anda lihat pada carta, anda dapat lihat bahawa paras sokongan ini di kawal oleh EMA200 yang membentuk sokongan kukuh.
Signal untuk hari ini
Sell 1.72380
Sl: 1.73223
Tp: 1.71664