GBP/CAD meneruskan kenaikan selepas perletakan jawatan menteri kewangan UK - 14-02-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPCADH4.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CAD di lihat bakal meneruskan kenaikan dengan kekukuhan yang ditunjukkan oleh matawang GBP selepas pengumuman perletakan jawatan oleh Menteri kewangan Britain semalam. Pengukuhan ini memberi tenaga kepada harga semasa pada hari ini untuk meneruskan kenaikan. Trend semasa pada hari ini pula memberi galakan dengan membuktikan pengekalan trend Bullishnya semenjak awal minggu lalu. Oleh itu, saya menjangkakan harga semasa akan meneruskan kenaikan dan akan cuba mensasarkan paras rintangan kukuh mingguan di paras 1.74717. Namun, bagi mengesahkan kenaikan pada pagi ini, harga semasa perlulah membuat pelanggaran terhadap paras rintangan 1.73348 terlebih dahulu. Pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan mengesahkan kenaikan semasa pasangan matawang ini.

Signal untuk hari ini

Buy stop 1.73348

Sl: 1.72446

Tp: 1.74717

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.