GBP/CHF bergerak tenang tanpa arah - 04-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF pada hari ini tidak menunjukkan arah yang jelas buat masa sekarang. Harga semasa semalam di tutup dalam keadaan Candle Bullish, namun pada akhir penutupan candle mengalami sedikit penurunan. Jika anda lihat pada carta yang ditunjukkan sekarang ini, anda dapat lihat bahawa harga bergerak didalam corak "triangle" dan masih tidak menunjukkan arah. Kita masih tidak dapat menentukan arah buat masa sekarang ini. Jadi saya mencandangkan anda untuk terus memerhatikan pasangan matawang ini sehingga harga semasa menunjukkan arah yang lebih jelas. Jika harga ingin melanjutkan trend penurunan arah, harga semasa akan mensasarkan paras sokongan kukuh di paras 1.21298. Sebaliknya, jika harga semasa ingin membuat kenaikan, harga semasa akan mencari MA 50 yang mewakili paras rintangan kukuh 1.24477.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.22179
Sl: 1.22849
Tp: 1.21298