GBP/CHF dalam cubaan melanggar MA50 - 26-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF pada hari ini di lihat telah pun menunjukkan kegagalan membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian yang berada pada paras 1.27059. Jika anda lihat pada carta yang ditunjukkan di atas, anda dapat lihat bahawa harga semasa pada hari ini telah berjaya membuat pelanggaran terhadap dua sokongan kukuh yang masing-masing di wakili oleh EMA200 dan EMA100. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah terletak kepada keupayan harga semasa membuat pelanggaran terhadap MA50 yang mewakili paras sokongan 1.26766. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan mengesahkan lanjutan penurunan yang dijangkakan dan sasaran awal kita adalah pada paras sokongan utama harian yang terletak pada paras 1.26215
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.26766
Sl: 1.27059
Tp: 1.26215