GBP/CHF melakukan gelombang penurunan - 20-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF pada hari ini di lihat masih lagi mengekalkan trend Bearish yang telah ditunjukkannya semenjak 30 April yang lalu. Sebelum ini, harga semasa telah membuat junaman sehingga ke paras terendah 27 Mac yang lalu namun gagal untuk membuat penurunan lanjutan lalu terus membuat kenaikan sementara. Oleh itu, jika anda lihat sekarang ini, harga semasa telah pun membuat gelombang penurunan semula selepas gagal membuat pelanggaran terhadap rintangan kukuh 1.19042. Oleh itu, kami akan menjangkakan penurunan akan terus berlaku sekarang ini sehingga ke paras sokongan kukuh 1.17405. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan memberi dorongan penurunan kepada harga semasa untuk meneruskan trend.
Signal untuk hari ini
Sell GBP/CHF 1.18444
Sl: 1.19042
Tp: 1.17405