GBP/CHF mencari rintangan tertinggi harian - 29-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF menunjukkan kegagalan membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh disekitar paras 1.20884. Akibat dari kegagalan itu, harga semasa terus membuat kenaikan ke arah atas. Jika dilihat kepada keadaan momentum trend, harga semasa masih mengekalkan momentum Bullish dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami mencadangkan kenaikan akan terus berlaku pada hari ini. Sasaran awal kita terletak pada paras tertinggi 28 April yang lalu iaitu di paras 1.21956 sebagai kawasan sasaran utama kita. Sebarang penurunan yang berlaku pada hari ini akan dianggap penurunan sementara sahaja.
Signal untuk hari ini
Buy GBP/CHF @1.21354
Sl: 1.20884
Tp: 1.21956