GBP/JPY berjaya melanggar garis trend harian - 26-05-2020
Pada pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPJPY di lihat telah pun berjaya membuat pelanggaran terhadap garis trend yang telah ditandakan oleh kami pada analisis sebelum ini. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 132.081 dan di jangka akan masih meneruskan kenaikannya pada hari ini. Trend semasa pada jangka masa sederhana menunjukkan kemungkinan penerusan trend kenaikan akan berlaku pada hari ini. Namun begitu, kami tidak akan mengesahkan kenaikan buat masa sekarang. Untuk mengesahkan kenaikan pada hari ini, harga semasa haruslah membuat pelanggaran terhadap rintangan kukuh harian yang berada disekitar paras 132.403. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan kenaikan akan berlaku. Sasaran awal kita berada di sekitar paras 134.909.
Signal untuk hari ini
Buy stop 132.403
Sl: 129.383
Tp: 134.909