GBP/JPY dijangka meneruskan kenaikan pada minggu ini - 17-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/JPY di lihat telah pun membuat pelanggaran pada corak segitiga yang telah ditandakan pada minggu lepas. Akibat dari pelanggaran ini, harga semasa telah pun membuat kenaikan terus ke arah atas dan melanggar rintangan pertama yang sekarang ini membentuk sokongan iaitu di paras 142.876. Trend semasa juga mencadangkan kenaikan atau Bullish sedang menguasai pasaran pada ketika ini. Oleh itu, saya menacadangkan penerusan lanjutan kenaikan akan berlaku pada minggu ini. Sasaran awal kita adalah untuk harga semasa membuat pelanggaran di paras rintangan kukuh di paras 143.468. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan membenarkan kenaikan di teruskan sehingga ke paras 144.278.
Signal untuk hari ini
Buy stop 143.468
Sl: 142.876
Tp: 144.278