GBP/JPY masih mengekalkan momentum Sideway - 30-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/JPY masih menunjukkan pergerakan mendatar buat masa sekarang ini. Ini berlaku semenjak minggu lepas lagi apabila harga semasa harga bergerak disekitar sokongan 132.013 dan rintangan 133.521. Jadi tiada sebarang tindakan boleh dilakukan buat masa sekarang ini memandangkan trend masih dalam keadaan tidak jelas. Kami mencadangkan untuk anda terus membuat pemerhatian bagi pasangan matawang ini. Jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap sokongan kukuh 132.013, maka harga semasa akan membuat penurunan dan kita boleh mensasarkan paras sokongan kukuh di paras 128.144. Sebaliknya jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap trendline 133.521, maka harga semasa akan membuat kenaikan ke arah atas dengan mensasarkan paras rintangan 135.343.