GBP/NZD mencari MA200 sebagai sasaran mingguannya - 08-06-2020
Berdasarkan pemerhatian pada minggu ini, harga semasa pada pasangan matawang GBPNZD pada hari ini dilihat gagal meneruskan pelanggaran terhadap sokongan 1.94354 yang menjadi sokongan utama sebelum ini. Harga semasa pada jumaat lepas menutup Candle dalam keadaan Bearish diatas paras sokongan yang disebutkan tadi. Oleh itu, kami menjangkakan kenaikan boleh berlaku pada minggu ini. Harga semasa akan mencuba untuk membuat pergerakan pemulihan dengan membuat kenaikan pada minggu ini. Jangkaan kami adalah untuk harga semasa membuat kenaikan sehingga ke paras rintangan kukuh mingguan yang berada pada paras 2.00071. Kita akan melihat hala tuju pasangan matawang ini selepas menyentuh zon rintangan yang disebutkan tadi.
Signal untuk minggu ini
Buy GBP/NZD 1.94905
Sl: 1.93090
Tp: 2.00071