GBP/NZD tertekan dibawah rintangan 2.00297 - 28-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPNZD pada hari ini di lihat tertekan dibawah rintangan kukuh mingguan yang berada di paras 2.00297. Harga semasa pada minggu lepas telah pun membuat pelanggaran terhadap paras sokongan yang sekarang ini menjadi rintangan yang menyaksikan penurunan terus berlaku sehingga sekarang. Harga semasa sekarang ini di dagangkan disekitar paras 1.98111 dan dijangka akan meneruskan gelombang penurunan ini hari ini. Oleh itu, kami mencadangkan bahawa harga semasa pada hari ini bahkan mungkin juga pada minggu ini akan cuba meneruskan penurunan dengan mensasarkan paras sokongan kukuh mingguan yang berada disekitar 1.94603. Paras sokongan ini adalah harga terendah yang ditunjukkan pada 17 Disember 2019.
Signal untuk hari ini
Sell GBPNZD 1.98162
Sl: 2.00297
Tp: 1.94603