GBP/USD dijangka kekalkan momentum penurunan - 18-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/USD masih lagi mengekalkan momentum penurunan semenjak awal Mei yang lalu. Jadi pada pandangan kami, kemungkinan harga semasa akan meneruskan momentum Bearish yang telah ditunjukkan semenjak awal bulan ini. Harga semasa pada minggu lepas telah berjaya membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh mingguan yang berada di sekitar paras 1.22200. Akibat dari pelanggaran ini, maka harga semasa sekarang ini dapat membuat penurunan ke arah bawah. Oleh itu, dengan keadaan yang ditunjukkan, pada minggu ini, kami akan mensasarkan paras sokongan kukuh yang berada pada paras 1.14497. Namun begitu, jika ada kenaikan yang berlaku, harga semasa akan cuba terlebih dahulu menguji rintangan 1.22200 sebelum kembali membuat penurunan.
Signal minggu ini
Sell limit 1.22200
Sl: 1.25866
Tp: 1.14497