GBP/USD masih dalam trend Bearish yang jelas - 20-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/USD pada hari ini di lihat masih lagi melakukan junaman selepas masih gagal untuk melakukan pelangagran terhadap paras rintangan kukuh yang ada di paras 1.25176. Oleh itu, kita masih meletakkan trend Bearish sebagai trend utama pada minggu ini. Jika anda lihat pada carta, harga semasa telah berjaya membuat pelanggaran terhadap kesemua indikator EMA yang sebelum ini membentuk sokongan kukuh. Pelanggaran kesemua indikator EMA ini menunjukkan bahawa penurunan kemungkinan berlaku. Jadi, kami akan mensasarkan penurunan untuk pasangan matawang ini sehingga ke paras sokongan terdekat yang berada di paras 1.24094. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan itu akan menyebabkan harga semasa meneruskan penurunan ke arah sokongan seterusnya yang berada di paras 1.23631.
Signal untuk hari ini
Sell GBP/USD @1.24496
Sl: 1.251786
Tp: 1.23631